Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Saturday 24 May 2014

5 Tip Untuk Orang Baru Di Gym

tip, untuk orang, baru, di, gym
body builder
Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gim. Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh. Tapi perlu diketahui anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan menggunakan alatan tanpa bimbingan. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gim. Bimbang sihat yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gim.



Pastikan perut anda berisi

Jangan sesekali ke gim dengan perut yang lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwic, roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satu atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.


Gunakan teknik yang betul

Anda berisiko untuk mendapat kecederaan jika tidak melakukan teknik pemanasan yang betul sebelum melakukan senaman di gim. Tubuh juga memerlukan waktu untuk membiasakan diri dengan aktiviti pemanas harus dipraktikkan seperti berlari setempat, berjalan di treadmill dan lain-lain lagi.


Hadkan bentuk senaman

Jangan sesekali melakukan senaman yang berat melibatkan kardio, berlari di atas treadmill dan beberapa jenis senaman seumpama dengannya. Ini secara tidak langsung membebankan tubuh untuk menampung latihan yang tidak biasa dilakukan. Sebaiknya, mulakan dengan senaman yang ringan dan buatlah secara perlahan-lahan. Paling penting, biarlah ia mengikut turutan dan usah sesekali pratikkan senaman secara sembarangan.


Usah bebankan tubuh

Mengangkat beban yang terlalu berat di peringkat awal apatah lagi di hari pertama ke gimnasium boleh mengakibatkan tubuh berasa terlalu letih dan tidak selesa. Lakukan senaman yang ringan dan praktikkan secara teratur selama beberapa hari. Paling tidak tiga minggu pertama sebelum anda memutuskan untuk mengangkat berat. Jangan kerana ingin kelihatan gagah maka anda sanggup mencederakan diri sendiri.


Jangan terlalu penat

Ramai yang terlalu bersemangat tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke gim. Sampaikan ada yang sanggup memperuntukkan banyak masa di sana dengan melakukan pelbagai jenis senaman walaupun ada di antaranya tidak sesuai dilakukan.

Friday 23 May 2014

8 Tip Kesihatan Mental Positif

tip, kesihatan, mental, positif
berfikir positif
Hidup ini kita haruslah sentiasa berfikiran yang positif dan kurangkan berfikiran negatif kerana ianya boleh mengakibatkan tekanan mental. Di sini ada 8 tip untuk dikongsikan.

1. Menerima keadaan diri secara realistik.

2. Mengurus masa dengan baik.

3. Merancang perubahan hidup secara bijak.

4. Memupuk hubungan harmoni dan berkasih sayang dengan keluarga serta masyarakat.

5. Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

6. Mengendalikan stres secara berkesan.

7. Berkongsi masalah.

8. Mendapatkan pandangan dan khidmat kaunseling jika masalah berlarutan.


Thursday 22 May 2014

Petua Hilangkan Jerawat

jerawat
jerawat
Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus dan jadikan bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian berjerawat pada sebelah malam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Cara Hilangkan Bau Ketiak Yang Busuk

ketiak, berbau
ketiak berbau
Sekiranya badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan pada kedua-dua belah ketiak anda. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.