mesyuarat |
Jangan nanti diarah
Budaya hanya menanti diarah perlu dihapuskan. Anda perlu berani menampilkan diri.Menyakinkan diri yang anda mampu melakukannya. Jika ada sebarang projek atau apa sahaja aktiviti, cuba beranikan diri menerima tanggungjawab itu.
Hentikan sifat diam membisu
Jika selama ini anda mengambil sikap diam membisu, pada kali anda perlu tonjolkan diri dengan memberikan idea dan cadangan bernas. Tunkukkan anda juga mempuyai kebolehan tersendiri demi memajukan syarikat atau apa sahaja aktiviti yang dianjurkan.
Relakan hati melaksanakan tugas diberikan
Jangan ceppat mengeluh jika bos meminta anda kerja lebih masa. Anggaplah ia sebagai pengalaman baru,. Peluang ini boleh digunakan untuk membuktikan kemampuan anda dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan mungkin membuka hati bos anda untuk menilai setiap hasil kerja yang anda lakukan selama ini.
Jadi lebih bagus
Agar menjadi lebih bagus, anda perlu mengubah tumpuan anda dalam kerja. Jika sebelum ini, tumpuan anda hanya 50 peratus tetapi kini komitmen anda pada kerja 100 peratus. Melalui komitmen tinggi, hasil kerja anda pasti akan lebih cemerlang. Pasti bos akan mula menyerahkan projek yang lebih besar kepada anda
0 comments:
Post a Comment