Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Sunday 11 May 2014

9 Petua Hilangkan Panau

hilangkan panau, cegah panau, mengelakkan panau
panau
Selain perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menyebabkan panau, anda juga mesti menjaga kebersihan diri. Bagi yang berdepan dengan masalah ini, usah susah hati. Di sini mengongsikan petua tradisional yang dikatakan efektif dan dapat membantu anda menghilangkan panau. Semoga tip ini dapat membantu anda tampil lebih menawan.

1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini, jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.

2. Tumbuk daun pinang sehingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau. Lakukan seminggu tiga kali, kulit akan beransur pulih dan sekata.

3. Selain itu, anda juga boleh menumbuk sehingga lumat daun gelenggang. Kemudian, masukan daun yang telah ditumbuk di dalam kain nipis sehingga membentuk bunjut. Kemudian, gosokkan bunjut kain ini di bahagian yang bermasalah. Usah gosok terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan kulit terluka.

4. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

5. Gosok bahagian panau dengan pucuk jambu secara perlahan-lahan. Getah pucuk jambu bukan sahaja dapat menghilangkan panau malah membuang sel kulit mati dan membuat wajah licin.

6. Lumatkan daun kesum, campur sedikit minyak tanah. Kemudian, gosok pada bahagian yang berpanau setiap hari.

7. Sapu bahagian yang bermasalah dengan air perahan buah pinang.

8. Tumbuk bawang putih sehingga lumat, sapukan seminggu empat kali.

9. Ketuk halia, kemudian gosokkan secara perlahan pada bahagian berpanau. Atau anda boleh lumatkan halia dan tempel pada bahagian tersebut. Biarkan selama 15 minit agar air halia meresap ke dalam kulit.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment