gigi putih |
Pastinya semua orang ingin kelihatan menarik dan bergaya. Bagaimanapun, salah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh adalah perihal senyuman dan kebersihan mulut. Ini pentingnya memiliki sebaris gigi yang putih. Berikut adalah beberapa perkara yang mampu mengembalikan kecantikan gigi.
Makan epal dan mentimum
Buah-buahan seperti epal dan mentimun sebenarnya meningkatkan pengeluaran air liur di dalam mulut. Secara tidak langsung , ia juga membantu untuk menghilangkan kesan-kesan hitam yang menempel di gigi. Di samping itu, kandungan asid malik di dalam epal sering digunakan untuk untuk menghasilkan beberapa produk perawatan mulut sekaligus membantu memutihkan gigi.
Gunakan flos
Tidak ramai yang sedar bahawa menggunakan flos, anda sebenarnya sedang melakukan kerja memberus gigi. Flos ini kemudiannya akan menghilangkan partikel yang terlekat di celah-celah gigi.
Gunakan straw
Minuman seperti teh, kopi atau soda mampu mengubah warna gigi secara perlagan dan tidak ketahui. Sekiranya ingin mengambilnya juga maka gunalah straw sebagai 'pelindung'.
Gosok gigi dengan lemon, serbuk penaik
Serbuk penaik dan lemon adalah kombinasi yang paling baik untuk memutihkan gigi. Bagaimanapun, jangan gunakan campuran ini dalam tempoh yang keral ia mengakibatkan merosakan enamel gigi.
ohhhh..guna straw.macam tuuu.hehe.
ReplyDeleteselama ni sy suka minum kopi panas.yela nk guna straw susah.
boleh praktis lepas nih.
demi untuk jaga gigi terpaksa buat.. hehehe. guna straw rase lain
ReplyDelete