pasangan tak serius |
1. Kerap lewat ketika bertemu janji dan ada kalanya langsung tidak memunculkan diri. Selalu lelaki sahaja ini memberi janji manis dan mengharapkan teman wanitanya percaya sedangkan dia tidak pernah menunaikan janji.
2. Si dia tidak melayan anda dengan baik sehinggakan anda rasa tidak gembira setiap kali bersama. Layanannya acuh tidak acuh sahaja.
3. Si dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tak kira sama ada ketika itu kalian berdua sedang meluangkan makan malam bersama. Gaya ceritanya langsung tidak mengambil kira perasaan anda.
4. Si dia kerap bersama telefon bimbitnya walaupun ketika bersama anda. Kelihatannya seperti membalas mesej dengan seseorang. Saat ditanya, jawapan diterima adalah kawan atau urusan kerja.
5. Kalian kerap meluangkan masa bersama namun masih banyak perkara peribadi mengenai si dia yang anda tidak tahu.
0 comments:
Post a Comment