body builder |
Pastikan perut anda berisi
Jangan sesekali ke gim dengan perut yang lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwic, roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satu atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.
Gunakan teknik yang betul
Anda berisiko untuk mendapat kecederaan jika tidak melakukan teknik pemanasan yang betul sebelum melakukan senaman di gim. Tubuh juga memerlukan waktu untuk membiasakan diri dengan aktiviti pemanas harus dipraktikkan seperti berlari setempat, berjalan di treadmill dan lain-lain lagi.
Hadkan bentuk senaman
Jangan sesekali melakukan senaman yang berat melibatkan kardio, berlari di atas treadmill dan beberapa jenis senaman seumpama dengannya. Ini secara tidak langsung membebankan tubuh untuk menampung latihan yang tidak biasa dilakukan. Sebaiknya, mulakan dengan senaman yang ringan dan buatlah secara perlahan-lahan. Paling penting, biarlah ia mengikut turutan dan usah sesekali pratikkan senaman secara sembarangan.
Usah bebankan tubuh
Mengangkat beban yang terlalu berat di peringkat awal apatah lagi di hari pertama ke gimnasium boleh mengakibatkan tubuh berasa terlalu letih dan tidak selesa. Lakukan senaman yang ringan dan praktikkan secara teratur selama beberapa hari. Paling tidak tiga minggu pertama sebelum anda memutuskan untuk mengangkat berat. Jangan kerana ingin kelihatan gagah maka anda sanggup mencederakan diri sendiri.
Jangan terlalu penat
Ramai yang terlalu bersemangat tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke gim. Sampaikan ada yang sanggup memperuntukkan banyak masa di sana dengan melakukan pelbagai jenis senaman walaupun ada di antaranya tidak sesuai dilakukan.
hahaa.. tips yg bgus tuk lelaki ! :) ~
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTak payah bayar yuran and register ke? Hehe..
ReplyDeleteYuran & register?? untuk masuk gim ke?? hahaha. tu lain citer lah :D
Deletesalam. hai...nice sharing
ReplyDeletesalam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe
ReplyDeletesalam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^