Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Friday 11 April 2014

Buah Yang Memberi Tenaga Segera

pisang, diet, makanan, tips
pisang
Buah pisang begitu kaya dengan serat dan mengandungi tiga jenis gula semula jadi iatitu glukosa, sukrosa dan fruktisa yang memberi pelbagai manfaat. Buah pisang sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga, melancarkan sistem pencernaan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan otak, menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan mata.

Kandungan gula dalam pisang dengan mudah dapat dicerna dan diubah menjadi sumber tenaga sehingga amat baik untuk menghilangkanrasa lelah. Malah, kandungan karbohidrat sihat dalam pisang membuatkan kita berasa cepat kenyang seterusnya menambah tenaga segera.

Bagi yang ingin berdiet, amalkan saja makan pisang. Makan empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak setiap hari selama tiga hari seminggu membantu menurunkan berat badan. Kalorinya hanya 1250 dan menu ini sesuai dan cukup untuk menyihatkan badan.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment