![]() |
pujuk pasangan |
Nilai diri dan cari penyebab
Ada baiknya anda menilai kembali diri sendiri dan pasangan. Cari punca masalah yang menyebabkan hubungan tidak harmoni. Jangan biarkan emosi dan ego menguasai diri lebih lama.
Tunjukkan kekesalan
Tindakan ini akan membuatkan pasangan kembali mempercayai anda setelah ada kejadian yang membuat hubungan renggang. Melalui cara memohon maaf dengan tulus bersedia memperbaiki hubungan.
Ubah sikap
Keretakan hubungan mungkin disebabkan oleh sikap anda atau pasangan yang terlalu mendominasi hubungan. Apabila ini terjadi, sebaiknya ubahlah sikap yang tidak memberi rasa selesa pada pasangan. Ini semua demi kebaikan dan keutuhan hubungan anda dan pasangan.
Memberi perhatian dan memahami
Ada baiknya anda memperbaiki hubungan yang sedang bermasalah dengan mula memberikan perhatian yang mungkin selama ini anda abaikan. Jadilah orang yang memahami bukan selalu menuduh serta mencemburui pasangan tanpa alasan.
Berjanji tidak akan mengulangi
Meminta maaf dan menyakinkan pasangan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama adalah kunci untuk mendapat kepercayaan lagi. Sesukar mana pun anda melakukannya kalau anda mampu membuktikan bahawa anda mampu berubah, maka pasangan akan kembali seperti biasa.
Kawal emosi
Memang tidak mudah mengendalikan emosi ketika marah. Namun, demi kebaikan bersama, anda harus belajar sabar dan mengawal marah agar tidak menjejaskan hubungan.
0 comments:
Post a Comment