Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Tuesday, 8 April 2014

Petanda Kesetiaan Lelaki Sudah Tergugat

setia, curang,
setia curang
Andai dari awal perkahwinan sudah senang, pastinya si isteri tidak patah hati. Namun ia hanya terjadi selepas segala pengorbanan dan hasil penat lelah bersama mengukuhkan kewangan keluarga. Jom lihat tanda suami yang kesetiaannya sudah tergugat atau kata lain ada wanita baru yang mencuri hatinya.

Kerap dengan telefon bimbit

Jika dahulu, si isteri boleh melihat telefon bimbit si suami, situasinya menjadi sebaliknya sekarang. Jika boleh pun memegang telefon tersebut, sudah ada pula kata kunci untuk membukanya. Menambahkan curiga apabila suami kerap bermain dengan telefon seolah sedang berhubung dengan seseorang sambil tersenyum sendirian.


Mula cari kesilapan isteri

Jika dahulu, tidak kisah isteri lambat menyediakan makanan, situasi sekarang tidak lagi. Pantang isteri silap sikit, pasti akan dimarahi. Jika suami mula menunjukkan sikap seperti ini, mungkin petanda si dia sedang bermain cinta diluar.


Kritik penampilan isteri

Lumrah bila isteri sudah beranak pinak pasti bentuk badan tidak seperti pada awal perkahwinan. Kadangkala penampilan juga tidak sehebat dulu.Isteri perlu cepat mengubah penampilan. Selalunya lelaki bila sudah senang, mula berminat melihat wanita cantik terutama yang muda.


Layanan ala kadar

Perubahan sikap dari segi layanan suami kepada isteri boleh menjadi tanda si suami mula berkira-kira mahu tambah cawangan.


Buang tabiat

Melakukan suatu perkara luar kebiasaan ini selalunya dikaitkan dengan kewujudan orang ketiga. Paling ketara apabila si suami mula melakukan perkara yang sebelum ini tidak disukainya.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment