Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Thursday, 17 April 2014

Punca Pasangan Tak Setia

curang, tak setia, setia, orang ketiga
curang
Ramai mahu tahu apakah tip mencari kesetiaan cinta. Baik muda mahupun tua masing-masing mahu mencari formula terbaik melahirkan pasangan yang setia. Bagaimanapun, kesan trauma perpisahan ada kalanya mengundang kejadian yang tidak diingini di kalangan pasangan. Antaranya, pasangan sukar menjadi seorang pencinta yang setia. Mengapa ini berlaku?


Dikhianati cinta pertama

Cinta pertama diibaratkan sebagai cinta monyet. Namun, cinta monyet inilah yang selalunya anda kenang walaupun sudah lama menjadi mahupun isteri. Mengapa sampai jadi begitu? Dalam memburu cinta sebenar anda seolah-olah berusaha mahu membahagiakan pasangan. Di pertengahan jalan percintaan, cinta anda teruspula dikhianati. Langsung menjadikan anda terasa malas untuk terus menjadi seorang pencinta yang setia. Barangkali anda masih dibayangi sakitnya hati dikhianati kekasih lama yang cukup anda sayangi sebelum ni.


Perpisahan ibu dan bapa

Tanpa sedar perpisahan yang terjadi pada ibu bapa mampu mengundang kesan yang buruk kepada anak-anak. Apabila mereka dewasa dan mahu mendiri rumah tangga, mereka mula berasa bimbangakan berhadapan dengan permasalahan yang sama. Isu kesetiaan menjadi persoalan di jiwa mereka.


Dikhianati berkali-kali

Tindakan pasangan berlaku curang untuk beberapa kali membuatkan mereka sentiasa beranggapan tiada individu yang setia dalam pencintaan. Mereka mula hilang kepercayaan terhadap kesetiaan dalam sebuah perhubungan . Bayangan trauma ini membuatkan mereka takut mencintai seseorang dengan penuh ikhlas.


Fitnah bekas pasangan

Selepas melalui perpisahan yang menyakitkan, pasangan tidak lagi seperti dulu. Adegan tuduh menuduh terus berlaku sampaikan akhirnya anda berhadapan dengan ujian cinta yang menyakitkan. Keadaan inilah yang akan mengundang trauma yang sukar untuk dilupakan.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment