Bawang |
Bawang telah digunakan sebagai salah satu bahan ramuan perubatan herba sejak dahulu lagi. Pengamal perubatan pada zaman Mesir dahulu telah menggunakan bawang dalam rawatan pelbagai penyakit. Bawang adalah sumber baik vitamin C, B6, biotin, kromium, kalsium dan serat pemakanan. Ia turut memiliki sejumlah asid folik, vitamin B1 dan K yang baik. Kira kira 100 gram bawang menyediakan lebih kurang 44 kalori dan kebanyakannya adalah karbohidrat kompleks serta 1.4 gram serat.
Baik pada jantung
Bawang juga kaya dengan quercitin yang banyak terdapat berhampiran dengan kulit bawang. Quercitin dikatakan mampu menipiskan darah, merendahkan kolestero, menaikkan jenis kolestero HDL baik, mengelakkan darah beku, menentang asma, bronkitis kronik, demam hay, diabetes, atherohclerosis dan jangkitan. Bawang mampu memberi kebaikan pada jantung dan pesakit penyakit jantung koronari.
Bawang dikatakan boleh digunakan untuk merawat asma. Tindakannya terhadap asma adalah menghalang otot bronkial untuk menjadi kejang dan merehatkan otot bronkial. Jika anda mahu menggunakan bawang untuk tujuan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
0 comments:
Post a Comment