awet muda |
Ikan Salmon
Ramai sedia maklum tentang khasiat yang terkandung di dalam ikan salmon. Meskipun harga yang ditawarkan mahal namun ianya banyak memberi manfaat terhadap kesihatan terutamanya jantung. Di samping itu, kandungan asid lemak omega 3 yang menjadikan kulit lebih sihat dan tegang.
Teh
Sebenarnya, teh kaya dengan bahan antioksidan iaitu polifenol. Selain membantu mencegah sel kanser pada kulit, ia juga dikatakan berupaya meningkat sistem imuniti badan. Oleh itu, ambillah teh sebagai minuman rutin anda agar kesan penuaan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
Buah beri
Adakah anda tahu bahawa beri yang terdapat di dalam buah strawberi, raspberi dan blackberry amat penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen yang sering disebut-sebut ini sebenarnya mampu mencegah pembentukan kedutan.
Kacang kenari
Tidak jauh bezanya dengan ikan salmon, kacang kenari dikatakan mengandungi asid lemak omega 3 yang berupaya menguatkan sel membran kulit
Yogurt
Susu masam atau lebih sinonim dengan nama yogurt sebenarnya mengandungi kalsium dan vitamin D yang mampu memberi tahap kesihatan gigi dan mulut. Kesan pengambilannya dapat dirasai apabila anda tersenyum yang mana bibir lebih selesa dibuka malah kedutan di kawasan sekitarnya juga berkurangan.
0 comments:
Post a Comment