Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Friday, 4 April 2014

Tabiat Yang Boleh Jejaskan Kesihatan

tabiat, yang, boleh, jejaskan, kesihatan
stress

Terdapat empat jenis amalan mahupun sikap buruk yang mampu menjejaskan kesihatan. Sekalipun ia menarik dan seronok dipratikkan namun aspek negatif mengenainya lebih cepat menguasai sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Merokok

Sama ada anda dikategorikan sebagai perokok tegar atau tidak, merokok telah menjadi satu kebiasaan yang sememangnya tidak mendatangkan manfaat terhadap kesihatan. Disebabkan itulah tabiat buruk ini perlu dihentikan secepat yang mungkin bagi mengelak bertandanganya penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kanser dan macam-macam lagi.

Bangun Lambat

Sesetengah individu berhadapan kesukaran bangun tidur pada awal pagi. Sekalipun jam loceng telah berbunyi beberapa kali tetapi ia cepat benar dimatikan seterusnya lena disambung kembali. Sikap ini nyata meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan. Ini kerana, golongan dewasa tidak sepatutnya tidur lebih dari sembilan ke sepuluh jam sehari. Bukan cakap kosong kerana dibimbangkan obesiti, diabetes dan jantung.

Tunda waktu makan

Sekalipun sibuk dengan tugas-tugas harian tetapi waktu makan tidak seharusnya diabaikan. Memandang kiki rata-rata individu terlalu obses dengan kerja maka jalan mudahnya adalah dengan menangguhkan dan menggabungkannya. Sebagai contoh, sarapan dan makan tengah hari senang diambil bersama memandangkan tempoh masanya tidak lama.

Lama menghadap komputer

Zaman yang serba canggih membuatkan maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari. Bagaimanapun, kesan buruk menanti individu yang gemar mengadap komputer atau laptop lebih dari 12 jam setiap hari. Boleh meningkatkan risiko kematian awal.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment