Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Friday, 4 April 2014

Tip Mata Sihat Bersinar

tips, tip, mata, bersinar
mata bersinar

Yang Pertama

Makan sayuran hijau

Lebihkan makan sayuran hijau, ia mengandungi antioksidan yang tinggi. Khasiatyang terkandung dalam sayuran hijau menyalurkan nutrien kepada mata dan membuatkan bahagian tubuh  ini sihat, segar dan menawan

Yang Kedua

Lakukan pemeriksaan

Ramai culas memeriksa mata, ada sahaja alasan diberikan. Sibuk, tiada masa dan lain-lain, itu antara alasan yang sering diberikan. Cukup! Hentikan sikap sambil lewa ini sebelum anda menyesal. Bertindaklah sekarang dengan melakukan pemeriksaan mata secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi ada masalah, ia dapat dikesan awal dan rawatan segera dapat menyelamatkan panca indera ini.

Yang Ketiga

Rawatan khas

Usah kedekut berbelanja lebih. Gunakan sebahagian wang anda untuk melakukan perawatan mata di spa. Ia membuat mata kusam kembali segar, begitu juga dengan kulit di bahagian ini. Ia akan tampak lebih bermaya dan lembap. Namun jika bajet terhad, lakukan perawatan sendiri di rumah. Tampalkan mata dengan hirisan timun, tomato atau lekapkan dengan kantung teh.

Yang Keempat

Pakai kaca mata hitam

Adakah anda tahu sinar UV dapat meningkatkan risiko menghidap katarak dan melanoma. Bagi melindung mata, anda sangat digalakkan memakai kata mata hitam terutama ketika terlibat dengan aktiviti luar, ketika memandu dan bercuti. Pilih kaca mata hitam mempunyai perlindungan UVA dan UVB.

Yang Kelima

Berhenti merokok

Bukan lelaki sahaja mempunyai tabiat merokok, wanita juga terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Jika anda menyayangi kesihatan dan mata anda, bertekadlahberhenti merokok. Amalan buruk ini memberi kesan sangat negatif kepada mata, ianya boleh menyebabkan kerosakan saraf optik.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment