![]() |
| yogurt |
1. Kulit lebih halus
Bagi yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar, lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih lembut dan berseri.
2. Atasi kulit terbakar
Sesetengah wanita mengalami masalah kulit terbakar ( sun burn ) apabila terdedah lama di bawah cahaya matahari terutama jika anda bercuti di pulau atau pantai. Kesannya kulit akan menjadi merah dan mengelupas. Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah.
3. Bantu mengecutkan jerawat
Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua orang. Kehadiran jerawat bukan sahaja menyakitkan malah ia juga mencacatkan penampilan wajah anda. Jangan susah hati, cuba petua ini. Bersihkan wajah, kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas hingga bersih. Jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
4. Buang sel mati
Yogurt juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut. Caranya , parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapukan pada seluruh tubuh serta wajah, biarkan selama 15-20 minit dan gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan.









0 comments:
Post a Comment