Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Friday, 18 April 2014

Terapi Untuk Hindari Sakit Punggung

sakit, punggung, belakang, backache
Add captsakit punggungion
Ramai yang di antara kita yang biasa mengabaikan gejala sakit punggung. Walhal jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan masalah seperti kesukaran ketika berjalan, bersandar bahkan ketika tidur. Sebelum sakit punggung bertambah, terdapat beberapa terapi yang boleh anda lakukan.



Tingkatkan pengambilan vitamin D

Kajian menyebutkan bahawa kurangnya pengambilan suplemen atau makanan yang mengandungi vitamin D, terbukti mengalami risiko lebih besar terkena muskuloskeleral yang merupakan gejala seiring dengan gangguan yang timbul pada otot, tulang, sendi dan jaringan saraf. Selain mendapatkan suplemen, untuk mendapat keampuhan manfaat vitamin D, anda boleh mengambil susu, produk hasil tenusu, telur, bayam, bijirin, ikan tongkol, udang, tiram dan sawi hijau.


Terapi muzik

Terapi muzik juga boleh menjadi pilihan yang menyenangkan. Muzik didapati mampu mengurangkan kecemasan dan depresi yang biasanya boleh menyebabkan sakit punggung kronik. Terapi ini memiliki kesan langsung dalam mengurangi rasa sakit, meskipun hasilnya belum signifikan secara statistik. Sebaiknya, pilihlah lagu yang nadanya yang lembut.


Teknik pernafasan

Untuk mengurangi rasa sakit, cubalah seberapa teknik pernafasan seperti latihan yoga dan meditasi. Teknik pernafasan dikatakan boleh menyelaraskan antara latihan peregangan, kekuatan dan keseimbangan postur yang membantu menopang otot yang lemah dan meregang otot yang tegang di sekitar punggung.


Urutan

Memberikan urutan di kawasan punggung yang sakit juga boleh menjadi alternatif. Urutan berfungsi untuk membuat otot-otot menjadi rilek. Tambahkan minyak aromaterapi ketika urutan bukan hanya membuatkan sakit pada punggung sembuh namun aromaterapi boleh mengusir stres anda.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment