masakan diet |
Guna rempah semula jadi
Rempah semula jadi dipercayai mampu membuatkan makanan berasa lebih lazat. Walaupun di pasaran terdapat bermacam jenis rempah segera tetapi bahan kimia atau zat aditif di dalamnya secara tidak langsung memudaratkan kesihatan. Berbanding rempah yang disediakan sendiri, ia lebih selamat dan rasanya lebih memikat.
Selitkan rasa pedas
Pastikan rasa pedas mampu meningkatkan selera makan. Jadi tidak salah sekiranya dimasukkan sedikit rasa tersebut di dalam menu diet anda. Gunakan bahan-bahan seperti cili, paprika, lada sulah serta lada hitam sebagai penambah rasa.
Pilih bahan masakan yang betul
Cubalah memilih bahan masakan yang betul-betul tepat dengan menu yang ingin disediakan. Pada masa yang sama, pastikan semuanya segar dan bersih. Ingat, bahan yang tidak segar membuatkan anda hilang selera untuk makan lantaran rasanya yang terjejas.
Tepati waktu masak
Usah ambil mudah perihal waktu menyediakan makanan. Seperti sayur-sayuran dan makanan laut, sebenarnya ia merupakan antara makanan yang tidak boleh masak terlalu lama. Jika tidak, rasanya mungkin kurang. Begitu juga dengan kandungan vitamin di dalamnya yang semakin berkurangan.
Elakkan bahan rendah lemak
Jangan sesekali terpengaruh dengan iklan rendah lemak. Ini kerana, sesetengah bahan sebegini mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh memudaratkan tubuh. Lebih baik gunakan sahaja bahan yang biasa tetapi kurangkan sahaja jumlahnya.
Pilih daging tidak berlemak
Sekiranya ingin menggunakan daging dalam menu diet anda, maka perhatikan lemak yang terdapat pada daging itu. Mungkin rasanya manis dan menyelerakan tetapi awas boleh jadi ia membahayakan kesihatan.
0 comments:
Post a Comment