Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Saturday, 5 April 2014

Tip Tinggal Bersama Mentua

tinggal bersama mentua, tinggal dengan mentua
bersama mentua
Bukan mudah sebenarnya mahu tinggal sebumbung dengan mentua. Andalah menantu paling bertuah andai dapat mencipta harmoni tatkala menetap bersama mentua. Tapi anda boleh cuba tip yang saya ingin kongsikan ini mencipta bahagia di kediaman mentua

1. Jaga Sempadan

Tidak salah berkongsi emosi dengan mentua namun anda perlulah sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang menetap dengannya. Bagun pagi untuk menyediakan sarapan dan membantu melaksanakan kerja rumah sehingga selesai. Cara ini, mentua akan lebih menyayangi anda sebagai menantu.

2. Cari ruang bersendirian

Perlu anda jelaskan dengan mentua bahawa bilik tidur anda adalah ruang persendirian untuk anda dan pasangan anda. Minta mentua menghormati dan tidak menganggu anda kala berduaan dengan pasangan di bilik tidur. Tetapi janganlah pula anda lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik. Pasti ia mengundang perasaan kurang enak di hati mentua.

3. Elakkan pertelingkahan

Andai terjadinya konflik dalam keluarga mentua, sebaik-baiknya anda mengambil pendekatan tidak campur tangan. Pastinya konflik itu akan berakhir dengan tenang dan anda tidak perlu menambah bara yang sedang bersarang di jiwa mentua.


4. Tenang mendengar leteran mentua

Sikap ibu mentua yang gemar berleter kadangkala membebankan fikiran anda. Namun anggap saja mentua itu bagaikan ibu anda sendiri. Pasti di sebalik leterannya ada hal-hal kebaikan yang cuba disampaikan. Ambilah sikap berdiam diri dan hanya menjelaskan sesuatu kedudukan apabila keadaan telah bertukar tenang.

5. Minta bantuan

Andai tinggal serumah dengan mentua memberi tekanan kepada anda, jangan terus diadukan hal itu kepada suami. Ada jalan lain yang boleh diambil, misalna dapatkan khidmat pakar perunding keluarga. Minta pandangan untuk berhadapan dengan mentua sebegini. Kadangkala tekanan itu hanyalah proses untuk anda mengenali mentua anda. Selepas beberapa tahap dan anda telah mengenali mentua dengan sepenuhnya, barulah anda tahu betapa berharga dan baiknya menta anda sebenarnya.

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: BloggerYard.Com

0 comments:

Post a Comment