Subscribe For Free Updates!

Tiada "spam"

1 Melawat 1 Klik

Saturday, 5 April 2014

Rahsia Ketawa

senyum, turun berat badan, membakar kalori
senyum

Ketawa merupakan satu cara mudah dilakukan berbanding menangis. Selain memberi kepuasan yang ajaib, ia secara tidak lansung mencipta satu situasi yang menyenangkan. Malah dikatakan juga mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik dari sebelum. Ketika anda sedang ketawa, tanpa disedari gas oksigen sedang bertambah seterusnya hormon endorphin dibebaskan dimana itulah ejen yang membuat anda rasa bahagia. Antara manfaat lain yang boleh diperoleh dari ketawa ialah :

Kurangkan stres
Sekiranya anda dalam keadaan tertekan, cara paling mudah untuk menghilangkannya adalah dengan ketawa. Mana tidaknya hormon endorphin yang dibebaskan di dalam tubuh banyak membantu anda merasa lebih bahagia dan gembira.


Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Tekanan dan aura negatif yang terdapat di dalam badan sebenarnya berupaya menurunkan sistem imunisasi. Kesannya, anda mudah terkena penyakit seterusnya mencipta pelbagai keadaan buruk yang lain. Sekiranya anda berpeluang untuk ketawa maka teruskanlah. Ia secara tidak langsung menghalau jauh elemen elemen negatif yang berupaya merosakkan tubuh.


Melancarkan peredaran darah 
Siapa sangka ketawa bolehmelancarkan perjalanan darah dalam badan. Secara tidak lansung, ia sebenarnya mengelak anda dari terkena serangan penykit jantung yang diketahui boleh membawa maut.


Menstabilkan perasaan
Individu yang memiliki keupayaan untuk ketawa biarpun sebenarnya dia sedang diuji dengan sesuatu yang buruk adalah individu yang mempunyai kualiti diri yang baik. Ini kerana, mereka mampu 'bertahan' dalam pelbagai situasi berpaksikan minda yang positif.


Membakar kalori
Adakah benar ketawa boleh membakar jumlah kalori di dalam badan? Berdasarkan sebuah kajian yang telah dijalankan, sebanyak 10 hingga 40 kalori berjaya dibkar setiapkali seseorang itu ketawa dalam tempoh 15 minit. Mudah bukan menurunkan berat badan.Jadi, apa tunggu lagi.Jom amalkan. Senyum tak perlu kata apa-apa

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: Mr Misteri

0 comments:

Post a Comment