![]() |
makanan segera |
Rajinlah memasak dirumah
Salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera adalah dengan memasak di rumah. Cubalah perlahan-lahan melakukanya. Kata orang, usaha yang sedikit boleh membuahkan hasil sekiranya diteruskan.
Jarakkan tempoh makan di luar
Cuba imbas kembali, dalam tempoh sebulan berapa kerap anda makan di luar? Sekiranya lebih dari dua maka anda sedang melatih diri untuk makan di restoran. Secara tidak langsung ia memberi impak kepada kewangan dan kesihatan. Pada masa sama, mood memasak akan hilang begitu mudah sahaja lantaran terbiasa dengan jalan mudah mendapatkan makanan dengan cepat di restoran.
Sediakan kudap-kudapan yang menyihatkan
Saat timbul keinginan untuk mengambil makanan segera seperti burger, nuget dan sebagainya maka segeralah dapatkan kudap-kudapan yang sihat seperti kekacang, bijirin, buah-buahan atau salad sayur-sayuran.
Elak simpan makanan beku di rumah
Antara langkah paling bijak untuk menghilangkan keinginan terhadap makanan segera adalah dengan berhenti dari membeli dan menyimpannya di dalam peti ais. Sekiranya ia tiada di rumah maka boleh anda beralih kepada makanan sihat yang lain seperti roti atau buah-buahan.
0 comments:
Post a Comment