islam |
Muharam
Biasanya lelaki yang lahir dalam bulan ini adalah seorang yang pendiam dan sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi kurang cerdas jika tidak mendapat didikan sempurna. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Lelaki yang lahir dalan bulan ini lazimnya tidak suka mengakui kesalahannya dan perlukan didikan ibu bapa dalam hal ini. Sekirannya melakukan sesuatu untuk kepentingan diri selalunya ia akan mendatangkan hasil.
Rabiulawal
Biasanya lelaki yang lahir dalam bulan ini mempunyai perwatakan baik, berpangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan dan ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
Rabiulakhir
Berbeza dengan lelaki yang lahir pada bulan Rabiulawal, mereka yang lahir dalam bulan ini biasanya mempunyai perwatakan sebaliknya. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, nafsu besar, kasar perwatakannya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan boleh menjadi sukar kerana tabiat buruk. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadilawal
Lelaki yang lahir dalan bulan ini mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh dan berbahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukkan hasil dan kadangkala menemui kegagalan.
Jamadiakhir
Watak lelaki yang lahir dalam bulan ini biasanya seorang yang yang berani dan hormat pada orang lain. Mempunyai pelbagai kepandaian. Bila dia tahu kesalahan diri atau keliru, dia mudah mengakuinya namun apabila mengetahui dia benar, pendiriannya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu. Dewasa nanti dia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecil, lelaki yang lahir dalam bulan ini biasanya degil dan nakal. Tetapi apabila dewasa, dia suka bersikap merendah diri. Hidupnya juga selalu selamat dan bahagia.
Syaaban
Perwatakannya baik, hidup selamat dan rezeki tidak putus. Pada masa kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Lelaki yang dalam bulan ini juga dikatakan punyai kelakuan baik, berbudi bahasa hingga disukai ramai. Apabila dewasa dia akan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Ramadan
Seorang yang baik, pendiam, suka merendahkan diri dan tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Lelaki yang lahir bulan ini tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakan dan hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupan dan perlu didikan yang betul daripada ibu bapanya.
Zulkaedah
Perwatakan pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, kadangkala menjadi keliru.
Zulhijjah
Lelaki yang lahir dlam bulan ini jika dia jahat menjadi terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri, sukar mengawal perasaannya yang kadangkala terlalu berlebih-lebihan. Dia juga sering kali menyesal kerana kurang pertimbangan.
0 comments:
Post a Comment